Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Michelle Yeoh dah jadi ibu?

    Perkongsian terbaharu pelakon Malaysia iaitu Tan Sri Michelle Yeoh di laman Instagram menjadi tumpuan warganet apabila dia memuat naik foto memegang kaki anak damit.

    Menerusi hantaran itu juga, Michelle, 61, berkata tahun 2024 adalah permulaan yang menggembirakan dengan kehadiran anak damit tersebut.

    “Sedikit keajaiban pada hari pertama 2024. Kami sangat diberkati.

    “Tidak dapat memberitahu awda betapa gembiranya saya untuk kegembiraan yang sangat istimewa ini,” kongsinya dalam satu hantaran kelmarin, memetik laporan mStar.

    Pelakon itu bagaimanapun tidak berkongsi lebih lanjut mengenai anak damit yang tidak diketahui jantina itu.

    Michelle teruja kongsi gambar kaki anak damit. – mStar

    Gara-gara perkongsian itu, ramai warganet mula membuat spekulasi dan berteka teki mengenai status anak damit berkenaan sama ada anaknya mahupun anak angkat.

    Malah ada juga yang menganggap damit tersebut merupakan cucunya.

    “Lahirkan anak pada usia 61 tahun? Mungkin itu cucu dia.

    “Dia ada duit boleh dapatkan anak melalui ibu tumpang, apa-apa pun tahniah.

    “Bila dia mengandung, foto sambut tahun baharu tak nampak perut,” antara komen warganet.

    Untuk rekod, Michelle dan Jean Todt mendirikan rumah tangga selepas hampir dua dekad menjalinkan hubungan cinta.

    Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 2004 dan disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Geneva, Switzerland. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda