Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mierul Aiman mahu fokus bidang lakonan

    Selepas berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal pada September tahun lalu, pelakon Mierul Aiman berkata beliau belum terfikir untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

    Memetik laporan mStar, Mierul atau nama sebenarnya Mohammad Amirul Aiman Norazman, 26, berkata beliau mahu memberikan fokus terhadap bidang lakonan yang baru diceburinya itu.

    “Buat masa sekarang sepenuh hati saya hanyalah untuk bidang lakonan. Saya tak pernah terfikir untuk sambung ke peringkat ijazah sarjana.

    “Pendidikan keluarga saya paling tinggi pun ijazah sarjana muda, jadi itu dah kira pencapaian yang wajib untuk ahli keluarga.

    “Selepas genggam ijazah sarjana muda, mereka okay sahaja jika sambung belajar atau tidak,” katanya kepada mStar.

    Mierul memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas sidang media Bulan Bintang The Terrrrpaling Raya Fashion Show 2024 di Sentul Depot, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Projek: High Council memberitahu beliau berpuas hati dengan pencapaiannya dalam pendidikan selepas lebih lima tahun menuntut ilmu di Universiti Selangor (Unisel).

    “Saya dah bertungkus lumus sepanjang lima tahun berada di Unisel, untuk mendapat segulung Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal tu sangat susah.

    “Jadi bila dah lalui proses tu tanpa ulang semula, saya dah buktikan kepada keluarga sebagai itu salah satu pencapaian saya,” ujarnya.

    Sementara itu, Mierul berkata kini tiba masanya untuk beliau memberikan fokus mengembangkan kerjaya dalam dunia seni.

    Malah, aktor itu bersyukur bakatnya kini sudah mendapat kepercayaan banyak pengarah dan produksi.

    “Perkara pertama saya terfikir selepas Hero Remaja ialah macam mana nak yakinkan orang industri macam pengarah, penerbit, rakan lakon dan juga penonton.

    “Tapi Alhamdulillah Allah memakbulkan mimpi saya. Beberapa pengarah dan produksi semakin percayakan bakat saya untuk menaikkan nama industri kita ke peringkat lebih tinggi,” jelasnya. – Agensi

    Mierul Aiman merupakan graduan daripada Universiti Selangor (Unisel). – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda