Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Miharbi Hunters ungguli LTS 2023

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV – Pasukan Miharbi Hunters menonjolkan aksi yang menarik bagi menewaskan Pasukan Muara Spurs untuk dinobatkan sebagai juara dalam Kejohanan Liga Super Sepak Takraw TAIB (LST) 2023 semasa perlawanan akhir kejohanan yang berlangsung Pusat Belia, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Kejohanan dianjurkan oleh Kementerian Ke-budayaan, Belia dan Sukan bersama Persatuan Sepak Takraw Negara Brunei Darussalam (PESTABARU) dan ditaja oleh Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB).

    Hadir untuk menyaksikan, dan menyempurnakan penyampaian hadiah serta mengisytiharkan penutupan rasmi Kejohanan LST 2023 ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Dalam perlawanan akhir kejohanan itu, Pasukan Miharbi Hunters berjaya menewaskan Pasukan Muara Spurs dalam perlawanan yang ketat serta penuh aksi dengan memenangi perlawanan, dua set berbalas satu set iaitu 21-11, 13-21 dan 21-19.

    Dengan keputusan itu, Pasukan Miharbi Hunters dinobatkan juara kejohanan sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak $5,000, pingat dan piala pusingan, Manakala Pasukan Muara Spurs memenangi tempat kedua dengan membawa pulang wang tunai sebanyak $3,000 dan pingat. Tempat ketiga pula membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak $1,000 dan pingat iaitu Pasukan Majlis Sukan Pasukan Polis Diraja Brunei B (MS PPDB B) dan Pasukan Brunei Legend B.

    Pada majlis berkenaan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi juga menyampaikan hadiah kepada pemain-pemain terbaik dengan Feeder Terbaik dimenangi oleh Abdul Hadi Ariffin bin Matali dari Pasukan Miharbi Hunters, Tekong Terbaik dimenangi oleh Mohd Selamat bin Yakub dari Pasukan Muara Spurs dan Killer Terbaik dimenangi oleh L/KPL 6178 Zatie Hidayat bin Saidi dari Pasukan MS PPDB B.

    Matlamat Kejohanan LST adalah untuk menarik minat orang ramai agar berkecimpung dalam sukan sepak takraw dan seterusnya mencari bakat baharu yang berpotensi untuk diserapkan dalam ke dalam skuad pelapis dan pemain kebangsaan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bergambar ramai dengan ahli Pasukan Miharbi Hunters. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...