Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mikati dipilih bentuk kerajaan baharu Lubnan

    BEIRUT, 27 JULAI –  Presiden Lubnan memilih bekas Perdana Menteri Najib Mikati untuk membentuk kerajaan baharu, kata pejabat presiden pada Isnin.

    Menurut agensi Anadolu, pengumuman itu dibuat selepas parlimen yang diketuai Presiden Michel Aoun mengadakan perbincangan di istana presiden di Baabda, timur ibu negara Beirut.

    Mengulas mengenai pemilihannya, Mikati memberitahu sidang media di Istana Baabda beliau akan membentuk kerajaan yang kukuh demi melindungi kepentingan ekonomi dan negara. 

    “Saya telah mendapat jaminan yang diperlukan untuk keluar daripada krisis yang sedang dilalui Lubnan,” tambahnya.

    Mikati adalah ahli parlimen Tripoli, pernah dua kali mengetuai kerajaan Lubnan pada 2005 dan 2011.

    Rundingan parlimen itu dilakukan berikutan pengunduran pemimpin Gerakan Masa Depan Lubnan Saad Hariri selepas gagal membentuk kerajaan. – Bernama

    Najib Mikati bercakap kepada wartawan selepas bertemu dengan Presiden Lubnan Michel Aoun di Istana Presiden di Baabda, timur Beirut, Lubnan pada 26 Julai 2021. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda