Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Milan, Benfica, Marseille mara pusingan 16 terakhir Liga Europa

    PARIS, 23 FEB – AC Milan berjaya menewaskan Rennes dengan keputusan agregat 5-3 walaupun tewas 3-2 pada perlawanan kedua pusingan play-off semalam untuk mara ke pusingan 16 terakhir Liga Europa, di mana mereka akan disertai oleh bekas juara Eropah, Benfica dan Marseille.

    Benjamin Bourigeaud menjaringkan hatrik untuk Rennes, termasuk dua sepakan penalti, namun gol dari Luka Jovic dan Rafael Leao memastikan Milan tidak berada dalam bahaya selepas kehilangan pendahuluan 3-0 dari perlawanan pertama.

    Benfica juga berjaya mengatasi pasukan Perancis apabila terikat seri tanpa jaringan di tempat lawan dengan Toulouse sudah cukup untuk membawa pasukan Portugal itu mara ke peringkat seterusnya selepas kemenangan 2-1 dalam perlawanan pertama minggu lalu di Lisbon.

    Lens, yang disingkirkan daripada Liga Juara-Juara ke pusingan play-off kalah mati, menjadi kelab Perancis ketiga yang tersingkir selepas Freiburg bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menang 3-2 selepas masa tambahan.

    David Pereira da Costa dan Elye Wahi meletakkan Lens di hadapan susulan perlawanan pembukaan tanpa jaringan, tetapi Roland Sallai menjaringkan dua gol untuk memaksa perlawanan tambahan di Jerman.

    Michael Gregoritsch mencipta gol kemenangan pada minit ke-99 untuk Freiburg. Marseille pula mengekalkan harapan bagi pasukan Perancis dalam pertandingan tersebut apabila mereka bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Shakhtar Donetsk dengan agregat 5-3 selepas kemenangan 3-1 di Velodrom.

    Georgiy Sudakov menyempurnakan sepakan penalti awal di Marseille sebelum pasukan tuan rumah membalas melalui gol ke-31 Pierre-Emerick Aubameyang dalam Liga Europa. – AFP

    Aksi Jovic, (tengah) semasa perlawanan Liga Europa di stadium Roazhon Park di Rennes, barat Perancis. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...