Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Milan kehilangan pilihan penyerang

    MILAN, 23 NOV – AC Milan telah kehilangan seorang lagi penyerang untuk perlawanan Serie A dengan Fiorentina hujung minggu ini selepas penyerang Switzerland, Noah Okafor mengalami kecederaan hamstring ketika beraksi di peringkat antarabangsa.

    “Dalam perlawanan ketiga bersama pasukan kebangsaannya (dalam rehat antarabangsa terkini), menentang Romania, Okafor cedera paha,” kata Milan dalam satu kenyataan hari ini.

    Kelab itu tidak menyatakan berapa lama Okafor akan diketepikan tetapi menambah bahawa kecederaan itu adalah pada otot hamstring di paha kanannya dan keadaan pemain itu akan dinilai semula ‘dalam masa seminggu’.

    Okafor bermain dalam semua tiga perlawanan terakhir kelayakan Euro 2024 Switzerland menentang Israel, Kosovo dan Romania, dengan ‘Nati’ mara ke kejohanan musim panas akan datang di Jerman bersama Romania.

    Pemain berusia 23 tahun itu dijangka tidak bermain selama kira-kira sebulan dan ketiadaannya menimbulkan masalah kepada jurulatih Milan, Stefano Pioli yang juga kehilangan Olivier Giroud yang digantung perlawanan ketika pasukannya yang berada di tangga ketiga cuba mengurangkan jurang lapan mata kepada pendahulu liga, Inter Milan. – AFP

    Okafor (kanan) beraksi semasa perlawanan kelayakan Euro 2024, di stadium National Arena di Bucharest, Romania. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...