Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    MINI Brunei anjur projek vendor

    Oleh Ak Zaki Kasharan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan, MINI Brunei menganjurkan projek bersama vendor tempatan dengan menyediakan Pop Up di Bilik Pameran MINI selama tiga bulan bermula hari ini.

    Pendekatan Pop Up sedemikian adalah untuk membolehkan perniagaan tempatan berhubung dengan khalayak sasaran yang lebih besar bagi mempamerkan produk mereka kepada pelanggan MINI pada masa yang sama berpeluang untuk bersantai di Bilik Pameran MINI.

    Memandangkan Pop Up ini berganti setiap dua minggu, MINI Brunei berharap ia dapat mencipta unsur kejutan dan terus mengujakan orang ramai untuk berkunjung ke sana dan pada masa yang sama memberikan pengalaman bilik pameran yang tidak dapat dilupakan bagi pelanggan mereka.

    Untuk kerjasama pertama, MINI Brunei menyertai industri F&B Dreamcones gelato.

    Pelanggan MINI boleh mendapat manfaat daripada bersantai di bilik pameran mereka sambil menikmati gelato sementara menunggu kenderaan mereka.

    “Acara ini adalah bagi menjemput vendor yang berbeza dari bidang yang berlainan untuk bersama-sama dan menyokong satu sama lain selaras dengan tagline MINI We are different but pretty good together yang merupakan inspirasi kuat untuk membawa semua orang bersama-sama, bagi mewujudkan kedekatan masyarakat untuk kita semua,” kata Pengurus Besar QAF Auto, Alisa Khoo.

    Projek Hangout at MINI terbuka kepada orang ramai dan dialu-alukan untuk menyokong vendor tersebut.

    Alisa Khoo (dua, kiri) bergambar ramai di Bilik Pameran MINI Brunei. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    Antara pengunjung yang hadir di Bilik Pameran MINI Brunei berkenaan. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda