Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mira Filzah hamil, kandungan kini masuk trimester ke-3

    Setelah beberapa bulan menyimpan rahsia, pelakon dan pengacara Mira Filzah akhirnya bersedia untuk berkongsi berita gembira bakal menjadi seorang ibu tidak lama lagi.

    Menerusi satu hantaran di Instagram, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, berkata usia kandungannya kini bakal memasuki trimester ketiga.

    “Perkhabaran diterima tahun lepas yang kami akan menimang cahaya mata sulung.

    “Usia kandungan akan memasuki trimester ketiga tidak lama lagi.

    “Seperti pasangan lain yang merancang untuk membina keluarga, kami juga punya pengalaman sendiri dalam perjalanan kami,” katanya pada Khamis malam.

    Sementara itu isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar ini turut melahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan mereka.

    “Kepada semua yang berharap dan mendoakan kami daripada dulu hingga kini, dengan rasa insaf dan rendah diri kami mengucapkan jutaan terima kasih,” ujarnya.

    Dalam pada itu rakan selebriti termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza serta para peminat turut menyatakan rasa teruja dengan berita berkenaan.

    “Alhamdulillah, jaga diri dan kandungan baik-baik. Moga dipermudahkan semuanya insyaAllah.

    “Tahniah, emira junior is coming,” kata mereka. – Agensi

    Mira mengumumkan sudah berbadan dua melalui Instagramnya. Dia dan suami turut mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda