Friday, November 15, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mira Filzah kongsi tip jaga solat

    Sebagai seorang manusia biasa, pelakon Mira Filzah juga adakalanya berdepan dugaan dalam menjaga solat lima waktu.

    Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 31, berkata, dia juga pernah terlambat atau tertinggal solat namun sentiasa cuba memperbaiki diri dalam menyempurnakan kewajipan terhadap agama.

    “Saya pun kadang-kadang terlajak, terlambat, tertinggal, terpaksa qada’ (ganti) dan sebagainya.

    “Tapi kita sama-sama perbaikilah yang penting usaha, buat juga,” katanya.

    Menurut mStar, Mira berkongsi perkara itu selepas menerima pertanyaan pengikutnya yang dimuat naik di Instastory miliknya.

    Individu berkenaan bertanyakan kepada pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan ini bagaimana dia menjaga solat dengan baik.

    Dalam pada itu, Mira memberitahu jika seseorang itu menjadikan solat sebagai rutin harian, mereka pasti akan berasa janggal jika meninggalkannya.

    “Macam mana ya nak cakap. Bila awda lakukan ia (solat) seperti rutin harian, awda akan terbiasa dan rasa pelik atau janggal sekiranya tidak buat.

    “Contoh, awda bangun pagi keluar pergi kerja tak gosok gigi, tak boleh kan?” ujarnya. – Agensi

    Mira adakalanya berdepan dugaan dalam menjaga solat lima waktu. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda