Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Misi United, Arsenal buru kemenangan

    PARIS, 2 NOV – Manchester United dan Arsenal memburu kemenangan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Europa bagi memastikan tempat dalam kelompok 16 terakhir.

    United akan mengelak aksi play-off sekiranya mereka menang dengan jurang dua gol atau lebih dalam kunjungan ke Real Sociedad.

    Cristiano Ronaldo dan Marcus Rashford menemui sasaran dalam kemenangan 3-0 ke atas Sheriff Tiraspol minggu lalu.

    United kendalian Erik ten Hag juga melonjak ke tangga kelima Liga Perdana Inggeris selepas kemenangan 1-0 ke atas West Ham Ahad lalu, dengan Rashford meledak gol ke-100nya buat kelab.

    “Kami perlu ke sana dan menang dengan dua gol atau lebih untuk menjuarai kumpulan, jadi kami akan cuba melakukannya.

    “Ia adalah misi kami, matlamat kami ketika memulakan kempen ini, untuk menjuarai kumpulan dan ia belum berubah,” kata Rashford.

    Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal mendahului saingan kumpulannya dan lebih selesa berbanding anak buah ten Hag.

    Mereka perlu menang di laman sendiri menentang Zurich atau berharap PSV Eindhoven tersungkur di tangan kelab Norway, Bodo/Glimt. Skuad kendalian Mikel Arteta sudah pasti mahu memastikan kemenangan untuk mengelak aksi play-off yang akan berlangsung pada Februari.

    “Ia amat penting kerana kami tidak pernah bermain sekerap ini selepas Piala Dunia.” – AFP

    Aksi penjaga gol, David de Gea (kiri) semasa perlawanan antara Manchester United dan West Ham di stadium Old Trafford, Manchester, England, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...