Monday, October 28, 2024
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    MK, Siti Hajaar timang anak perempuan

    Penyanyi rap dan pelakon, MK kini bergelar bapa selepas isteri, Siti Hajaar Syeikh Nordin selamat melahirkan anak perempuan, kelmarin.

    Berita gembira dimaklumkan MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin, 28, menerusi perkongsian dalam Instagram (IG).

    Melalui hantaran itu, MK meluahkan rasa syukur dan menyifatkan kehadiran puteri sulungnya itu sebagai anugerah terindah buatnya dan isteri, lapor BH Online.

    “Alhamdulillah, Ya Allah! Kelmarin, 3 Ogos 2024 isteri saya (Hajar) selamat melahirkan seorang puteri.

    “Ini anugerah terbesar daripada Allah,” tulisnya. Mengiringi entri itu adalah video pendek yang memaparkan momen manis majlis perkahwinan mereka.

    Meninjau di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan pengikut mengucapkan tahniah kepada pasangan suami isteri itu.

    Antaranya, Alif Satar, Sheila Rusly, Noki, Didie Alias dan Zarina Zainuddin.

    MK dan Siti Hajaar mendirikan rumah tangga pada 16 Jun tahun lalu di Ampang, Selangor selepas empat tahun berkenalan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda