Thursday, November 14, 2024
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    MoA inisiatif mulakan karbon biru, pulih 10,000 hektar hutan bakau

    KUCHING, 13 NOV – Perbadanan Kemajuan Perusahaan Industri Kayu Sarawak (STIDC) dan Worldview Climate Solutions (Malaysia) Sdn Bhd, hari ini meterai Memorandum Perjanjian (MoA) untuk memulakan inisiatif karbon biru di kawasan bakau Tanjung Manis.

    Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

    STIDC diwakili oleh Pengurus Besarnya, Zainal Abidin Abdullah manakala Worldview Climate Solutions (Malaysia) Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Selva Kumar.

    Selepas majlis itu, Awang Tengah berkata beliau berharap projek yang pertama seumpamanya itu akan membuahkan hasil positif.

    Menurut kenyataan STIDC, projek itu bertujuan memulihkan dan memulihara 10,000 hektar hutan bakau, membangunkan ekosistem karbon biru, mengumpul karbon daripada bakau yang dipulihkan dan menyokong kepelbagaian biodiversiti serta ekopelancongan tempatan. – Bernama

    Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyaksikan pertukaran dokumen pada Majlis Menandatangani MoA antara STIDC dengan Syarikat Worldview Climate Solution, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda