Thursday, October 17, 2024
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    MOD mara ke suku akhir kejohanan futsal HPA

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OKT – Pasukan futsal Kementerian Pembangunan (MOD) mengungguli puncak Kumpulan B bagi kategori Veteran sekali gus mengesahkan kemaraan untuk layak ke suku akhir dalam Kejohanan Futsal Antara Kementerian-kementerian sempena Hari Perkhidmatan Awam (HPA) ke-31 yang berlangsung kelmarin.

    Pasukan MOD yang telah memenangi 2 perlawanan dan sekali seri, berjaya mengutip 7 mata mendahului pasukan Kementerian Pendidikan (MOE) yang memperoleh 6 mata.

    Sementara itu, Pasukan Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Pasukan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (MPRT) masing-masing mengutip 5 mata turut melangkah ke suku akhir.

    Persaingan bagi kategori Veteran terbahagi kepada dua kumpulan dengan jumlah penyertaan sebanyak 11 pasukan.

    Perlawanan suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada 22 Oktober nanti menyaksikan pertemuan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS) bertemu MPRT, sementara pasukan MOE akan menguji KHEDN, MOD bertemu MOH dan KHEU bakal berentap dengan pasukan MINDEF.

    Kejohanan Futsal Antara Kementerian-kementerian sempena Hari Perkhidmatan Awam Ke-31, Tahun 2024 yang dianjurkan oleh KHEDN itu dihasratkan untuk meningkatkan potensi pemain dan mencungkil bakat pemain serta mengeratkan lagi hubungan muhibah dan mesra di kalangan warga perkhidmatan awam. 

     Antara aksi-aksi semasa kejohanan berkenaan. 

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda