Sunday, June 23, 2024
22.6 C
Brunei

    -

    Model baharu TIGGO 5X dilancar di Jakarta

    JAKARTA, 14 JUN – Pengeluar kereta China, Chery, kelmarin secara rasmi telah melancarkan model baharu kenderaan mereka, Chery TIGGO 5X, di ibu kota Indonesia, Jakarta.

    Dengan slogan dinamik, Go be Young, TIGGO 5X disasarkan kepada golongan profesional muda dan keluarga yang mencari kenderaan yang menggabungkan fungsi dan reka bentuk yang elegan.

    TIGGO 5X diperkenalkan dengan harga rasmi pasaran bermula dari sekitar AS$14,700 untuk varian Classic, dengan tawaran istimewa untuk 1,000 pelanggan pertama. Chery turut mengumumkan faedah selepas jualan yang besar, termasuk jaminan lanjutan dan jaminan harga jual semula, menekankan komitmen mereka terhadap kepuasan pelanggan.

    Rifkie Setiawan, ketua Jabatan Jenama di PT Chery Sales Indonesia (CSI), yakin bahawa harga menarik dan ciri keselamatan yang kukuh pada model baharu itu akan menjadikannya pilihan utama pelanggan Indonesia.

    “Chery TIGGO 5X telah menerima testimoni cemerlang di pelbagai negara kerana ciri lengkap dan kualiti tinggi. Dengan menyediakan harga terbaik untuk pengguna Indonesia, kami optimis bahawa Chery TIGGO 5X akan menjadi pilihan kegemaran pengguna Indonesia dalam segmen Compact SUV,” kata Setiawan pada majlis pelancaran itu.

    Majlis pelancaran tersebut dihadiri oleh eksekutif CSI, pegawai kerajaan dan pemain industri utama. – Xinhua

    Orang ramai ketika menghadiri majlis pelancaran Chery TIGGO 5X di Jakarta, Indonesia. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia bantu tingkat kesediaan penyakit serantau

    CANBERRA, 21 JUN – Agensi sains kebangsaan Australia akan membantu negara-negara di Pasifik dan Asia Tenggara agar lebih bersedia menghadapi wabak penyakit, umum kerajaan...