Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Model masyarakat gemilang dibincang

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Rombongan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah menghadiri Persidangan Antarabangsa mengenai Komuniti-komuniti Berjaya (ICCOS) anjuran Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dengan tema ‘Warga Negara Penyumbang, Institusi Dinamik’ yang berlangsung dua hari hingga kelmarin di Republik Singapura.

    Rombongan diketuai oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan, Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Antarabangsa dan MABIMS, Haji Mohammad Albi bin Haji Ibrahim; Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat I, Bahagian Perhubungan Awam, Antarabangsa dan MABIMS, Pengiran Muhammad Azrin bin Pengiran Jarail dan Pegawai Pelajaran Ugama, Haji Razali bin Haji Mahal.

    Persidangan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong yang turut menyampaikan ucaptama diikuti dengan perkongsian pengalaman masyarakat Islam Singapura dalam memupuk komuniti berjaya yang disampaikan oleh Mufti Republik Singapura.

    Persidangan telah mengongsikan pelbagai model masyarakat gemilang dengan masyarakat lain yang sekali gus sebagai landasan bermakna untuk para pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat mempelajari mengenai usaha-usaha masyarakat lain dalam mengharungi isu-isu kontemporari.

    Menerusi persidangan berkenaan, sembilan orang ahli panel telah menyertai perbincangan terdiri pemimpin agama dan ulama antarabangsa terkenal, pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat yang antaranya menyentuh perkongsian mengenai pengalaman beragama dalam masyarakat majmuk; memupuk sahsiah untuk komuniti yang berjaya dengan hasrat untuk menjalani kehidupan sosioagama yang maju dan berjaya serta melahirkan masyarakat cemerlang.

    Turut dibincangkan adalah hal ehwal membangunkan masyarakat Islam yang kompeten dalam konteks pelbagai dan moden yang memfokuskan kepada peranan reformasi pendidikan dan usaha pembangunan sosial berpaksikan prinsip-prinsip dan nilai-nilai keagamaan serta meningkatkan perpaduan sosial dan warganegara yang aktif dengan hasrat untuk membina institusi yang teguh dan berdaya tahan.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin semasa menghadiri ICCOS yang berlangsung di Republik Singapura, baru-baru ini. – Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...