Friday, June 28, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Modi ketuai sambutan hari yoga India

    INDIA, 21 JUN – Sambil meregang, melengkungkan punggung dan melutut di atas tikar, Perdana Menteri nasionalis Hindu India, Narendra Modi, mengetuai ratusan orang melakukan yoga di wilayah majoriti Muslim di Kashmir hari ini.

    Acara senaman badan di Srinagar, ibu kota bahagian yang ditadbir India di wilayah yang dipertikaikan itu, menandakan hari yoga antarabangsa ke-10, di mana ia merupakan hasil idea Modi sendiri.

    Beribu-ribu kakitangan kerajaan, guru sekolah dan pelajar dari seluruh Kashmir telah mengikuti acara itu, walaupun dalam keadaan hujan.

    Beliau turut menggesa ratusan orang termasuk anggota polis dan tentera di pantai Tasik Dal untuk menjadikan yoga ‘sebahagian daripada kehidupan seharian mereka.’

    “Yoga memupuk kekuatan, kesihatan yang baik dan kesejahteraan,” katanya.

    Walau bagaimanapun, seorang penduduk Srinagar melihat acara itu sebagai pencerobohan budaya.

    “Yoga ini dikenakan ke atas anak-anak kita untuk mengubah budaya generasi akan datang dan mengawal fikiran mereka,” katanya kepada AFP, tanpa mendedahkan identitinya kerana takut akan tindak balas.

    Tarikh 21 Jun telah diisytiharkan sebagai Hari Yoga Antarabangsa sepuluh tahun yang lalu dan sejak itu Modi telah mengetuai acara di lokasi-lokasi simbolik di seluruh India, termasuk acara tahun lepas yang diadakan di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York. – AFP

     

    Kakitangan pasukan keselamatan sempadan (BSF) mengambil bahagian dalam sesi yoga pada Hari Yoga Antarabangsa, di pos sempadan India-Pakistan di Wagah di pinggir Amritsar pada 21 Jun. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea S, AS dan Jepun mula latihan ketenteraan

    SEOUL, 27 JUN - Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun memulakan latihan ketenteraan baharu hari ini, kata Ketua Turus Tentera Seoul, ketika sekutu-sekutu...