Friday, January 3, 2025
33.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    MOFE terus semarak Ramadan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 APRIL – Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) dan jabatan-jabatan di dalamnya telah meneruskan lagi Majlis Tadarus sempena bulan Ramadan 1444 Hijrah di Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Kampung Tungku, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya.

    Majlis yang diselenggarakan oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja itu telah dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara bergilir-gilir yang didahului oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew berserta pegawai-pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan.

    Kemudian, majlis diikuti dengan penyampaian wakaf kepada imam Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Malik, dan diakhiri dengan sembahyang fardu Asar berjemaah.

    Sebagai penutup majlis tadarus berkenaan, Majlis Khatam Al-Quran akan diadakan pada 17 April depan di Surau, Bangunan MOFE.

    Majlis seumpamanya merupakan aktiviti keagamaan tahunan dalam meningkatkan hubungan silaturahim antara pegawai dan kakitangan MOFE serta jabatan-jabatan di dalamnya dalam menyemarakkan bulan Ramadan di samping mendekatkan diri dengan bacaan Al-Quran dengan memperbaiki dan menghalusi lagi bacaan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew mendahului bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara bergilir-gilir.
    Antara pegawai dan kakitangan MOFE yang hadir pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda