Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Mohamad Faisol, May Lita Wardiya Ningsih muncul juara

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Awang Mohamad Faisol bin Haji Ahmad dan May Lita Wardiya Ningsih, kedua-duanya dari Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Kampung Mulaut, muncul johan dalam kategori masing-masing dalam Pertandingan Puisi Islam bagi Belia dan Beliawanis Masjid 1445H/2023M.

    Sementara itu, naib johan bagi peserta belia ialah Awang Mohamad Khairul Muaz bin Haji Sibodaud dari Zon 3, Daerah Brunei dan Muara dan tempat ketiga dimenangi oleh Awang Mohd Faizal bin Awang Lalim dari Zon 1, Daerah Brunei dan Muara.

    Bagi peserta beliawanis pula, naib johan disandang oleh Dayang Norhani binti Ismail dari Daerah Belait dan Dayang Nurul Afiqah binti Lamit dari Zon 2, Daerah Brunei dan Muara memenangi tempat ketiga.

    Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang pada pertandingan yang berlangsung di Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen itu ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

    Pertandingan anjuran Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Unit Belia, Bahagian Imarah dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen dan Pejabat Hal Ehwal Masjid daerah itu bertujuan sebagai salah satu aktiviti yang bermanfaat bagi para belia dan remaja untuk mendekatkan diri dengan aktiviti keagamaan sekali gus dapat mengeratkan lagi silaturahim khususnya dalam kalangan peserta.

    Di samping melahirkan belia cintakan seni Islam dan melatih para peserta dalam kemahiran berbicara terutama puisi Islam, pertandingan juga dihasratkan untuk menghindarkan para belia dan remaja daripada terjerumus ke dalam kegiatan yang tidak bermoral.

    Haji Amir Hisham semasa menyempurnakan penyampaian hadiah di Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Kampung Mulaut, baru-baru ini. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...