Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Mohammad Wazif Razeen juara Beyblade X Attack

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Awang Mohammad Wazif Razeen bin Muhammad Tuah daripada Pasukan Ghostbeys muncul juara dalam peringkat akhir Pertandingan Extreme Beyblade X (Attack Battle) setelah menewaskan Awang Mohammad Aqmal bin Haji Matsah daripada Pasukan Beyblade Madness dengan keputusan 6-4 sekali gus berjaya membawa pulang hadiah utama televisyen LED 32 inci.

    Pertandingan yang dianjurkan oleh Ghostbeys Tournament ini diadakan di Teratak DBos, Kampung Mengkubau.

    Manakala, Mohd Nazirol Ehsan bin Kahar daripada Pasukan Ghostbeys terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dan keempat.

    Sementara itu, hadiah sagu hati menjadi milik Awang Abdul Yazid, Awang Mainor Azizi, Awang Mohammad Erwan Shah dan Awang Aediesopian bin Haji Ismail.

    Dalam perkembangan lain, satu lagi perlawanan berasingan yang dianjurkan oleh JB Tour telah diadakan di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

    Johan pertandingan GT Extreme Driver jatuh kepada Awang Aediesopian daripada Pasukan Jakusha Bladers setelah menewaskan Dayang Nur’Ishfa Nabiqah binti Haji Rosaimi dalam perlawanan akhir dengan keputusan 4-1.

    Sementara itu, tempat ketiga disandang oleh Haji Rosaimi bin Haji Lamit daripada Pasukan Ghostbeys dan tempat keempat jatuh kepada Pengiran Hasswandy bin Pengiran Haji Abu Bakar daripada Pasukan Underground Beys.

    Manakala, hadiah sagu hati dimenangi oleh Awang Harris, Awang Aediesopian, Awang Azrol dan Awang Masunny.

    Dalam perebutan gelaran juara Liga Beyblade Brunei Darussalam 2023/2024, Pasukan Jakusha Bladers terus mengungguli tangga teratas liga dengan 83 mata, diikuti oleh Underground Beys (55 mata), Pasukan Santai Aja Bladerz (44 mata), Pasukan Ghostbeys (31 mata) dan Beyblade Madness (6 mata).

    Gambar ramai semasa acara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...