Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Swiatek, Vondrousova turut kutuk keadaan gelanggang

    CANCUN, 31 OKT — Pemenang kejuaraan utama tiga kali, Iga Swiatek dan juara Wimbledon, Marketa Vondrousova turut menyertai kritikan peserta di Final WTA mengenai keadaan gelanggang permainan dalam kejohanan akhir musim tenis wanita.

    Pada hari kedua pertandingan, lebih separuh daripada lapan pemain perseorangan telah menyuarakan aduan utama kelmarin iaitu gelanggang keras outdoor sementara di Cancun, yang dibina di atas padang golf, tidak membolehkan pemain berdiri dengan tegap, bola melantun secara pelik dan permukaannya tidak bersedia cukup awal bagi memberi ruang latihan yang mencukupi sebelum perlawanan bermula.

    Selepas kemenangannya dalam permainan round robin pada Ahad, pemain ranking nombor satu dunia, Aryna Sabalenka menyifatkan keadaan di kejohanan akhir musim sebagai ‘tiada rasa hormat’.

    WTA mempertahankan gelanggang itu sebagai menepati ‘piawaian prestasi yang ketat’.

    “Jelas sekali ia bukan perkara positif bagi sesiapa pun daripada kami,” kata Swiatek selepas menewaskan Vondrousova 7-6 (3), 6-0 kelmarin.

    “Pastinya, ia tidak selesa dan hakikatnya bahawa kami juga tidak mempunyai masa untuk berlatih di gelanggang ini,” kata Swiatek.

    Vondrousova lebih keras dalam kritikannya berkata, “Gelanggang itu, secara jujur, sangat teruk. Ia sangat gila.”

    Dia menambah bahawa ia ‘seperti gelanggang tanah liat atau rumput yang buruk’ dan ‘saya tidak fikir gelanggang ini sangat sesuai untuk Final WTA, sejujurnya’. – AP

    Gambar Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...