Thursday, January 30, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Mona Lisa’ akan dapat bilik khas di Louvre, sebahagian daripada naik taraf muzium

    PARIS, 29 JAN – Lukisan ‘Mona Lisa’ akan ditempatkan di bilik khas baharu di muzium seni Louvre di Paris, bagi membolehkan ia dipamerkan dengan lebih baik kepada pengunjung, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Lukisan legenda karya Leonardo da Vinci itu akan ditempatkan di bilik yang lebih mencerminkan kepentingannya sebagai sebahagian daripada kerja pengubahsuaian besar-besaran di muzium berkenaan, kata Presiden Perancis Emmanuel Macron kelmarin.

    Louvre, yang merupakan muzium paling kerap dilawati di dunia, juga akan mempunyai pintu masuk baharu bagi menguruskan aliran pengunjung dengan lebih baik. Pintu masuk sedia ada di bawah piramid kaca utama akan direka bentuk semula dan ditukar menjadi dewan pameran baharu.

    Projek itu dijangka siap pada 2031 dengan kos pelaburan dianggarkan mencecah jutaan euro. Jumlah pengunjung dijangka meningkat daripada sembilan juta setahun pada masa ini kepada sehingga 12 juta.

    Kos itu akan dibiayai melalui pendapatan muzium, sumbangan derma dan kenaikan harga tiket. Mulai Januari 2026, pelawat bukan dari Eropah perlu membayar lebih untuk memasuki muzium itu, namun jumlahnya tidak dinyatakan. – Bernama

    Presiden Perancis Emmanuel Macron semasa memberi ucapan di Muzium Louvre pada 28 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda