Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Monfils raih kemenangan pertama musim ini

    STOCKHOLM, 23 OKT – Veteran dari Perancis, Gael Monfils berjaya mengatasi pemain kelayakan Rusia, Pavel Kotov untuk memenangi gelaran ATP ke-12 dalam kariernya dan yang pertama musim ini di Stockholm kelmarin.

    Monfils, yang berada di ranking ke-140, menang 4-6, 7-6 (8/6), 6-3 menentang lawannya di ranking ke-109 untuk gelaran keduanya di ibu negara Sweden selepas 2011.

    Pemain berusia 37 tahun itu telah mengalami musim yang dibelenggu dengan kecederaan kaki dan pergelangan tangan.

    Beliau merupakan pemain keempat yang berusia di atas 37 tahun yang berjaya memenangi gelaran Jelajah ATP sejak 1990, bersama dengan Roger Federer, Ivo Karlovic dan Feliciano Lopez.

    Monfils diasak kuat dalam pertembungan dua jam 35 minit dalam perjalanannya untuk menjadi juara tertua dalam sejarah kejohanan ini.

    “Terima kasih kepada Pavel,” kata Monfils selepas pertemuan pertama di antara mereka berdua.

    “Beliau mengalami minggu yang luar biasa dan banyak mengejutkan saya dalam perlawanan ini. Saya banyak berlari hari ini. Apabila saya terpaksa menyelamatkan break point pada set kedua, saya cuba untuk terus berjuang.

    “Saya tidak tahu bagaimana saya boleh berjaya tetapi saya terus percaya dan berjuang.”

    Monfils hanya tewas dua set dalam perjalanannya merebut trofi ini, yang merupakan gelaran pertamanya sejak kejohanan di Adelaide pada Januari tahun lalu. Kedudukan beliau akan naik ke tangga ke-89 dalam ranking ATP. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...