Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Morsidi M.H dicalonkan terima anugerah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Seorang lagi penulis tanah air diangkat dan diiktiraf untuk menerima anugerah berprestij peringkat serantau, iaitu Anugerah Penulis Asia Tenggara (The SEA Write Award). 

    Menurut kenyataan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Panel Penilai Anugerah Negara Brunei Darussalam telah sepakat memilih ‘Kumpulan Sajak Sungai, LAUT dan KiTA’ yang sekali gus mengangkat penulisnya, Dr Haji Morsidi bin Haji Muhamad dengan nama pena beliau, Morsidi M.H sebagai calon bagi 2021.

    Sehubungan itu, DBP, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan bertanggungjawab selaku Urus Setia SEA Write Award bagi Negara Brunei Darussalam, telah mengadakan Majlis Mengagai calon penerima anugerah itu di kediamannya di Sengkurong, kelmarin. 

    Majlis merupakan penghargaan dan pemakluman awal mengenai pengiktirafan Dr Haji Morsidi sebagai calon penerima anugerah berkenaan Rombongan mengagai diketuai oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) di KKBS, Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah. 

    Turut hadir ialah Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab; Pemangku Timbalan Pengarah DBP, Hajah Haireni binti Haji Awang Damit, pegawai-pegawai kanan DBP, panel penilai anugerah dan Urus Setia Unit Pengiktirafan.

    Kenyataan mengongsikan, Morsidi M.H merupakan seorang penulis, pengkaji dan peneliti yang masih aktif dalam bidang penulisan dan aktiviti kesusasteraan baik dalam mahupun luar negara antaranya penyelidikan, penghakiman/penilaian, pembimbing, pemakalah, pembentang kertas kerja dan panel forum. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada 1973 dalam pelbagai genre seperti drama, cerpen, puisi, esei dan kritikan. 

    Morsidi M.H menunjukkan sijil yang diterima semasa majlis mengagai itu. – Gambar serahan DBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...