MOSCOW, 30 JAN – Ahli kaji cuaca berkata kelmarin, Januari 2025 merupakan bulan yang paling panas pernah direkodkan di Moscow, di mana dua hari lalu ia mencatat paras suhu tertinggi.
Bacaan termometer kelmarin tidak turun di bawah 3.8 darjah Celsius, jauh lebih tinggi daripada purata sejarah di bawah paras beku, menurut Pusat Kajian Cuaca Phobos, Rusia.
Penduduk di ibu negara itu berkata kepada AFP , terdapat kurangnya salji untuk kanak-kanak bermain, manakala terdapat lumpur di serata tempat, menjadikan anjing mengalami kesukaran untuk berjalan.
Para pakar memberi amaran lebih banyak rekod tentang suhu yang akan dipecahkan pada masa hadapan kerana perubahan iklim yang didorong oleh manusia telah menjejaskan corak cuaca global.
“Sudah tentu, kami tidak suka musim sejuk seperti ini… Segala-galanya harus dalam keadaan sederhana,” kata pesara berusia 68 tahun, Galina Kazakova kepada AFP.
“Ia sangat teruk untuk alam semula jadi, kerana salji sepatutnya terletak di ladang, supaya ia cair, semuanya tumbuh dengan baik,” tambahnya.
Menurut laporan akhbar RBK Rusia yang dipetik daripada ahli meteorologi, Isnin dan Selasa adalah hari yang paling panas sejak rekod bermula, manakala kelmarin juga dijangka mengatasi suhu tertinggi dalam sejarah. – AFP