Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    MoU pacu kemajuan dalam teknologi AI

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Dalam usaha untuk memupuk ilmu pengetahuan saintifik dan penemuan menerusi aktiviti penyelidikan bersama, The Centre for Research on Agrifood and Science and Technology (CrAFT), Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan HARQ Enterprise telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) yang berlangsung di Bangunan Pearl, UTB, hari ini.

    Penandatanganan MoU berkenaan menandakan kerjasama rasmi di antara UTB dan HARQ Enterprise di mana penandatanganan disaksikan oleh Naib Canselor UTB, Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman.

    Turut hadir di majlis berkenaan ialah Pemangku Pengarah Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Awang Abuzar bin Haji Mohd Tahir, pegawai-pegawai utama UTB, pegawai-pegawai dari Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan serta pegawai-pegawai dari HARQ Enterprise.

    Kerjasama strategik berkenaan bermatlamat untuk memacu kemajuan dalam teknologi kecedasan buatan dan pertanian pintar yang menyasarkan kepada mengoptimumkan pengeluaran cili.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Pengarah CrAFT, Dr Syazana Abdullah Lim menerangkan bahawa projek kerjasama, Smart Greenhouse for Chili Plant, akan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mengurangkan masa yang dihadapi oleh pihak-pihak berkepentingan pada masa ini.

    Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah, Dr Syazana dan Haji Abdul Qayuum bergambar ramai selepas penandatanganan MoU semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    Beliau menyatakan bahawa ia juga merupakan kolaborasi yang tepat pada masanya dan amat teruja untuk mengongsikan pengalaman serta kepakaran dengan pihak-pihak yang berkepentingan dalam menyediakan sokongan kepada sektor pertanian.

    Majlis seterusnya menyaksikan taklimat projek, Smart Greenhouse for Chili Plant, disampaikan oleh ketua projek, Haji Ismit bin Haji Mohamad, di mana beliau memberikan penerangan terperinci peta laluan inisiatif-inisiatif pembangunan dan penyelidikan.

    Majlis kemudian menyaksikan penandatanganan MoU di antara UTB yang diwakili oleh Dr Syazana dengan HARQ Enterprise yang diwakili oleh Pengurus syarikat, Haji Abdul Qayuum bin Haji Mohammad Hanafi.

    MoU itu mencerminkan komitmen UTB dan HARQ Enterprise dalam memupuk ilmu pengetahuan saintifik dan penemuan menerusi aktiviti penyelidikan kolaboratif.

    Mengenali akan potensi transformatif teknologi kecerdasan buatan dan pertanian pintar, kerjasama itu menubuhkan sebuah kerangka berstruktur bagi inisiatif penyelidikan bersama untuk membawa kemajuan praktikal kepada ladang.

    Kolaborasi di antara UTB dan HARQ Enterprise menandakan sebuah mercu tanda signifikan dalam menghubungkan jurang di antara akademia dan industri, memupuk inovasi dan penyelesaian teknologi bagi masa depan pertanian mampan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...