Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Berus cat disyaki daripada bulu khinzir

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Berus cat berjenama Goldliner 850 bagi semua saiz yang dijual premis-premis perniagaan di negara ini telah diarahkan untuk diasingkan penjualannya dengan serta-merta kerana didapati diperbuat daripada bulu khinzir hasil analisa Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan.

    Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Hal Ehwal Syariah dalam kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.

    Berikutan dapatan tersebut, para pengguna beragama Islam dinasihatkan untuk tidak membeli dan menggunakan berus tersebut.

    KHEU juga mengingatkan para pemilik, pengurus, pengusaha, peniaga, pembekal dan pengimport produk dan barang gunaan di negara ini agar sentiasa berhati-hati dan lebih peka terhadap produk-produk dan barang gunaan import yang akan dijual kepada orang ramai di pasar raya atau kedai masing-masing dengan memastikan semua produk adalah halal dan suci serta tidak bercampur dengan produk-produk yang tidak halal dan meragukan.

    Di samping itu, kementerian tersebut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai atas maklumat berhubung perkara tersebut.

    Bagi yang ingin membuat aduan serta perkongsian maklumat mengenai penggunaan atau penjualan produk-produk tidak halal dan meragukan di tempat-tempat perniagaan bolehlah dibuat terus ke Jabatan Hal Ehwal Syariah melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH) dengan menghubungi talian hotline 7166222 atau mana-mana pejabat BKMH di setiap daerah.

    Berus cat jenama Goldliner 850 diarah untuk diasingkan. – GAMBAR SERAHAN KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...