Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mozambique undi presiden baharu dalam pilihan raya sengit

    MAPUTO, 9 OKT – Pengundi di Mozambique membuang undi hari ini untuk memilih presiden dan parlimen baharu, dengan parti Frelimo yang telah memerintah selama 49 tahun dijangka kekal berkuasa.

    Pilihan raya itu diadakan di tengah-tengah ketegangan politik di negara Afrika selatan yang bergelut dengan tahap kemiskinan dan ketidaksamaan yang tinggi, sementara keganasan pemberontak di utara menangguhkan projek gas utama.

    Presiden yang bakal meletak jawatan, Filipe Nyusi, 65, yang akan berundur selepas dua penggal, merupakan antara yang pertama mengundi ketika pusat mengundi dibuka pada pukul 7 pagi.

    “Saya juga meminta agar tidak ada kumpulan rakyat yang mengganggu atau mengancam orang lain, bahawa segala-galanya berjalan dengan aman dan tenteram dan kita mengelak daripada mengumumkan keputusan lebih awal,” kata Nyusi.

    Selepas pilihan raya perbandaran pada 2023 yang dianggap sebagai penipuan, protes tercetus di bandar-bandar utama di mana polis membunuh beberapa orang.

    Keputusan dalam undian hari ini, yang juga akan memilih gabenor wilayah, dijadual akan diumumkan dalam masa kira-kira dua minggu.

    Calon Frelimo untuk menggantikan Nyusi ialah gabenor wilayah yang agak tidak dikenali, Daniel Chapo, 47, yang turut menyeru semua orang bertenang selepas beliau mengundi. – AFP

    Seorang pegawai pilihan raya menunjukkan kertas undi di pusat mengundi di Munhava, Beira sebelum pengundian dibuka dalam pilihan raya negara Mozambique pada 9 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda