Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    MPC sokong pertumbuhan rantau BIMP- EAGA

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Dalam usaha sama untuk menyokong pelancongan, perdagangan dan pelaburan (TTI) di Negara Brunei Darussalam, Syarikat Pelabuhan Muara Sdn Bhd (MPC) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB) menyertai Persidangan Perdagangan BIMP- EAGA 2023 (BETCON23) di Dewan Bridex, Jerudong.

    Persidangan selama lima hari itu diadakan bersempena dengan Mesyuarat Menteri-Menteri BIMP-EAGA ke-26 dan mesyuarat berkaitan yang disokong oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi Negara Brunei Darussalam.

    Penglibatan dan kerjasama MPC pada persidangan berkenaan menggabungkan objektif dan hasil strategik Visi BIMP-EAGA 2025 (BEV 2025), Pelan Hala Tuju Industri Perkhidmatan (Maritim) Negara Brunei Darussalam, visi MPC untuk menjadi hab perkapalan dan pemindahan penghantaran yang stabil di rantau ini serta memperdalam ekonomi dan kerjasama perdagangan Koridor Ekonomi Brunei-Guangxi (BGEC) dinaik taraf yang ditandatangani awal tahun ini.

    Petang tadi, kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerajaan Rakyat Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, Republik Rakyat China (RRC) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU).

    MoU tersebut mengetengahkan persetujuan kedua-dua pihak untuk mengukuhkan kerjasama dan pembangunan di rantau BIMP-EAGA, serta kemajuan dalam kerjasama BGEC.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah bersama-sama perwakilan dari negara anggota BIMP-EAGA merasmikan BETCON23 di Dewan Bridex, Jerudong, kelmarin. – Gambar oleh Rafi Rosli
    Gambar oleh Rafi Rosli

    Perjanjian yang ditandatangani itu juga dijangka mengembangkan kerjasama ekonomi dan komersial Brunei Darussalam-Guangxi, menyumbang kepada pembangunan pelbagai projek kerjasama BGEC.

    Selain itu, BGEC dan Negara Brunei Darussalam mengiktiraf kepentingan perniagaan tani sebagai salah satu tonggak strategik kerjasama BIMP-EAGA.

    Kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama mempromosikan perdagangan dan pelaburan dalam pertanian, perikanan, dan infrastruktur, khususnya di Palawan, Zamboanga, dan Wilayah Autonomi Bangsamoro di Mindanao Muslim (BARMM) di Filipina-EAGA. Impak dari itu, ia menggalakkan pertumbuhan inklusif dan menyediakan kemungkinan untuk petani dan nelayan di rantau ini.

    Tambahan pula, untuk menyelesaikan cabaran pengangkutan dan logistik khusus, seperti yang dikaitkan dengan CIQS (Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan), pihak berkepentingan dari sub-rantau empat anggota tersebut sedang berusaha untuk meningkatkan TTI.

    Ini termasuk sistem baharu, yang membolehkan pergerakan perdagangan yang lebih terbuka, menghidupkan semula hubungan udara, darat dan laut untuk meningkatkan pelancongan, serta menggalakkan tenaga hijau dan pelaburan tenaga.

    Brunei, sebagai Pengerusi semasa Majlis Perniagaan BIMP-EAGA (BEBC), telah merancang acara antarabangsa berkenaan sebagai sebahagian daripada usaha BEBC untuk melaksanakan mandat pemimpin BIMP-EAGA bagi BEBC sebagai sektor swasta dalam mewujudkan kerjasama dan mengembangkan rangkaian mempromosikan perdagangan, pelancongan, pelaburan, dan pembangunan sub-rantau melalui platform BEBC.

    MPC akan sentiasa meneruskan usahanya untuk bekerjasama dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan rantau ini, menggalakkan peluang perdagangan dan pelaburan serta meningkatkan kesalinghubungan dan kerjasama dalam kalangan negara anggota.

    BETCON23 menyediakan tempat bagi perusahaan-perusahaan dari rantau BIMP-EAGA mengetengahkan produk, perkhidmatan dan prospek pelaburan mereka.

    Ia juga menyediakan peluang unik untuk rangkaian, pertukaran pengetahuan, pembentukan pakatan strategik dan pengukuhan hubungan ekonomi antara wilayah BIMP-EAGA, Rakan Pembangunan BIMP-EAGA dan vendor antarabangsa.

    Matlamat utamanya adalah untuk menggalakkan perdagangan, pelancongan dan pelaburan yang melengkapkan hasil daripada lima tonggak strategik Wawasan BIMP-EAGA 2025 iaitu meningkatkan kesalinghubungan, mewujudkan sub-rantau sebagai bakul makanan Asia, mempromosikan BIMP- EAGA sebagai destinasi pelancongan terulung, mengurus sumber asli secara mampan dan menggalakkan kesalinghubungan antara masyarakat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...