Saturday, February 8, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    MPK Jerudong B sumbang kerusi roda

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JAN – Untuk meringankan beban harian seorang anak yatim semasa bersekolah, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Jerudong B telah mewakafkan satu unit kerusi roda kepada Dayang Nur Qaleesha Huwaina binti Haji Mustazan yang berlangsung di kediaman penerima di Jerudong B.

    Hadir menyampaikan sumbangan berkenaan ialah Pemangku Ketua Kampung Jerudong B, Awang Kamis bin Panjang.

    Sumbangan kepada murid berusia 11 tahun itu bertujuan untuk memudahkannya bergerak semasa bersekolah.

    Murid berkenaan telah menerima rawatan pembedahan tulang belakang di Pantai Jerudong Specialist Centre pada tahun lepas yang menyukarkannya untuk berdiri atau bergerak secara bebas.

    Dengan adanya sumbangan kerusi roda itu, ia akan dapat membantu serta meringankan lagi bebanan beliau semasa belajar.

    Menurut Awang Kamis, sumbangan berkenaan merupakan usaha dan keprihatinan MPK Jerudong B dalam memeduli anak-anak buah kampung yang dalam keadaan memerlukan.

    Ahli MPK Jerudong B menyerahkan sumbangan kepada Dayang Nur Qaleesha. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda