Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    MPK Kapok adakan Tahlil, Doa Arwah Sekampung

    Oleh Normazlina M.D

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kapok, hari ini, telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah Sekampung yang berlangsung di rumah Ketua Kampung Kapok, Haji Marali bin Ahmad.

    Majlis juga telah diselajurkan dengan penyampaian derma kepada 13 orang anak yatim di kampung berkenaan.

    Pada tahun ini sebanyak $8,346 telah dikumpulkan hasil sumbangan penduduk kampung dengan setiap anak yatim menerima $642.

    Hadir bagi menyampaikan derma tersebut ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman.

    Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed menyampaikan derma kepada salah seorang anak yatim di Kampung Kapok, baru-baru ini.
    Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed menyampaikan derma kepada salah seorang anak yatim di Kampung Kapok, baru-baru ini.

    Majlis berkenaan bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk kampung bersama ahli-ahli MPK agar mereka akan sentiasa memberikan sokongan dan sumbangan bakti kepada MPK.

    Dengan adanya majlis ini, ia juga mencerminkan satu amalan gaya hidup yang lebih baik dan aktif di samping dapat memperingati ahli-ahli keluarga mereka yang telah kembali ke rahmatullah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda