Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mpox kekal kecemasan kesihatan awam

    GENEVA, 16 FEB – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin mengumumkan bahawa wabak penyakit mpox, sebelumnya dikenali sebagai cacar monyet, kekal dalam senarai Kecemasan Kesihatan Awam bagi Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC), lapor Xinhua.

    Julai tahun lepas, WHO secara rasmi mengisytiharkan bahawa wabak itu di luar kawasan endemik tradisional di Afrika telah bertukar menjadi PHEIC iaitu tahap amaran tertinggi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan global.

    Dalam satu kenyataan, WHO menyatakan pakarnya mengakui terdapat kemajuan dalam tindak balas global terhadap wabak itu dan penurunan jumlah kes dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

    Bagaimanapun, beberapa negara terus menyaksikan peningkatan kes manakala di wilayah lain berkemungkinan kes tidak dilaporkan. – Bernama

    Gambar serahan Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Nasional menunjukkan partikel Mpox ditemui dalam sel dijangkiti (biru), dikultur dalam makmal di Fort Detrick, Massachussetts. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda