Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Mpox teruk dikesan dalam pesakit HIV

    PARIS, 22 FEB – Para penyelidik berkata semalam mereka telah mengenal pasti mpox yang serius dalam individu yang dijangkiti HIV yang mempunyai kadar kematian 15 peratus dalam kalangan pesakit AIDS.

    Mpox, sebelumnya dikenali sebagai cacar monyet, telah lama menjadi endemik di beberapa negara Afrika tetapi mula merebak di seluruh dunia pada Mei lalu, menjejas lelaki yang mempunyai hubungan seks dengan lelaki.

    Lebih daripada 85,800 kes mpox, termasuk 93 kematian, telah dilaporkan di 110 negara, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

    Antara 38-50 peratus pesakit mpox global juga dijangkiti HIV, menurut kajian baharu yang diterbitkan dalam jurnal Lancet.

    Pakar perubatan mengenal pasti bentuk penyakit yang ekstrem, digelar ‘fulminan mpox’, yang menjejas orang dijangkiti HIV atau AIDS. Simptom termasuk lesi di kulit, alat kelamin dan ada kalanya paru-paru.

    Lesi paling teruk dan gejala lain sering dilihat dalam pesakit dengan bilangan sel darah putih yang paling rendah dipanggil sel CD4. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...