Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    MRSB anjur khatam Al-Quran

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Kelas Al-Quran secara murattal yang diadakan setiap Selasa hingga Khamis selepas solat Subuh merupakan salah satu aktiviti takmir Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar.

    Kelas tersebut dihadiri oleh lebih 30 orang setiap hari termasuk secara maya dari pelbagai tempat di seluruh daerah.

    Sehubungan itu, majlis khatam Al-Quran bagi kelas berkenaan telah diadakan hari ini, yang lebih istimewa lagi, ia diadakan bersempena ulang tahun ke-10 masjid berkenaan.

    Hadir pada majlis tersebut ialah penaung-penaung bersama MRSB, Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong dan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Acara dimulakan dengan bacaan khatam surah-surah lazim dan diselajurkan dengan bacaan takhtim yang diketuai oleh pembimbing Kelas Murattal Bil Quran MRSB, Haji Mohammad Faiezal bin Haji Zainal.

    Majlis turut diselajurkan dengan majlis berbuka puasa yang diadakan bersempena dengan kedatangan Hari ‘Asyura iaitu 10 Muharram, manakala solat Fardu Maghrib diimamkan oleh imam masjid berkenaan.

    Lebih 100 orang peserta Kelas Murattal Bil Quran dan jemaah MRSB turut menghadiri majlis tersebut.

    Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan juga hadir menyertai majlis berkenaan. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
    Dato Seri Setia Awang Haji Ali bersama jemaah yang lain dimajlis itu. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
    Jemaah wanita yang tidak melepaskan peluang menyertai majlis tersebut. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda