Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    MSBC tubuh pasukan dukung pemulihan ekonomi

    KUALA LUMPUR, 2 JULAI – Majlis Perniagaan Malaysia-Singapura (MSBC) telah menubuhkan pasukan petugas sektor swasta bagi Malaysia-Singapura sebagai usaha mendorong pemulihan ekonomi pasca pandemik.

    Menerusi kenyataan bersama hari ini, majlis itu memaklumkan, pasukan petugas yang diketuai pengerusi bersama MSBC, menyusun input perniagaan dari perniagaan Malaysia dan Singapura untuk dikemukakan kepada kerajaan.

    Menurut majlis itu, sebagai pengantara sektor swasta bagi perniagaan Malaysia dan Singapura, ia mengakui peranan penting yang boleh dimainkannya dalam memberikan maklum balas sektor swasta bagi pemulihan ekonomi pasca pandemik.

    Pengerusi dan Rakan Kongsi Kanan Zaid Ibrahim and Co, Datuk Seri Dr Nik Norzrul Thani berkata hubungan perniagaan Malaysia-Singapura adalah penting kepada rantau ini dan majlis itu komited untuk membantu kedua-dua kerajaan untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi antara kedua-dua negara.

    “Kami berharap, menerusi maklum balas kolektif yang kami perolehi, MSBC akan berusaha dan terus bekerja sebagai satu pasukan untuk lebih maju bersama-sama,” kata Pengerusi Eksekutif YCH Group Dr Robert Yap. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda