Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    M’sia akan balas pelaburan Singapura, selesaikan isu tertunggak

    SINGAPURA, 30 OKT – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia pasti akan membalas pelaburan dan perdagangan yang semakin meningkat dari Singapura ke Malaysia dengan usaha serius untuk menyelesaikan sebahagian besar isu yang masih belum selesai.

    “…isu tertunggak kadangkala dianggap boleh menimbulkan pertikaian…di sini saya mencadangkan sebahagian besarnya, diselesaikan secara baik melalui hubungan persahabatan,” kata Anwar dalam sidang media bersama dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong.

    Anwar berbesar hati melihat kepada tahap pencapaian dalam menyelesaikan isu-isu berkenaan yang menurut beliau ‘tidak pernah berlaku sebelum ini’.

    Kedua-dua pemimpin itu bertemu di Singapura hari ini untuk Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia ke-10 yang pertama sejak pandemik COVID-19.

    Anwar berkata beliau sering mencadangkan agar kedua-dua negara tidak mengambil isu itu secara berasingan sebaliknya melihat secara keseluruhan dari sudut bilateral dan kepentingan untuk menyelesaikan isu berkenaan.

    Menyentuh mengenai isu bekalan air yang telah lama tertunggak, Anwar berkata pendirian Malaysia adalah jelas, “Kami perlu menghormati komitmen bekalan air dari Johor ke Singapura.”

    “Kita perlu bekerjasama untuk memastikan Johor akan dapat meningkatkan kapasiti melalui sungai Johor untuk memenuhi keperluan Johor dan Singapura.” – Bernama

    Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) bersalaman dengan rakan sejawatan Lee Hsien Loong selepas sidang media bersama setelah Sesi Permukiman Pemimpin-pemimpin Malaysia-Singapura di Istana kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...