Saturday, January 4, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    MTIC meriahkan Ilal Hijrah

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1445 dan Doa Kesyukuran Jemaah Haji Bagi Tahun 1445H/2023M di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB), petang tadi.

    Hadir pada majlis yang dikelolakan oleh Pusat Kebangsaan E-Kerajaan tersebut ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha.

    Majlis dimulakan de-ngan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan ceramah khas bertajuk ‘Agama Terpelihara, Negara Sejahtera’ yang disampaikan oleh Penolong Ketua Bahagian Penyebaran Dakwah (Ceramah), Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustapa.

    Majlis seterusnya diikuti dengan Dikir Asraqal dan Doa Kesyukuran bagi kepulangan jemaah haji warga kementerian dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya yang diketuai oleh Imam Surau LTAB, Awang Ashraf bin Haji Bujang, sebelum diakhiri dengan sembahyang Fardu Asar berjemaah.

    Majlis tersebut merupakan salah satu aktiviti tahunan keagamaan kementerian berkenaan yang bertujuan untuk memperingati dan menyemarakkan Sambutan Ilal Hijrah dan meraikan kepulangan warga kementerian dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya yang telah selamat kembali ke tanah air daripada menunaikan fardu haji tahun ini.

    Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary semasa hadir majlis tersebut. – Gambar oleh James Kon
    Ustaz Awang Haji Muskrisman Safari menyampaikan ceramah khas semasa majlis berkenaan. – Gambar oleh Nurdiyanah R.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda