Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Mueller kecam prestasi pasukan

    LEVERKUSEN, 11 FEB – Penyerang Bayern Munich, Thomas Mueller mengkritik hebat pasukannya kelmarin selepas kekalahan 3-0 kepada Bayer Leverkusen yang menyebabkan juara itu ketinggalan lima mata dalam perebutan gelaran Bundesliga.

    Leverkusen mendahului selepas 18 minit hasil jaringan oleh pemain kelahiran Munich, Josip Stanisic, yang dipinjamkan dari Bayern untuk satu musim.

    Pemain pertahanan sayap, Alex Grimaldo menjaringkan gol kedua sejurus selepas separuh masa dan Jeremie Frimpong melengkapkan kemenangan dengan berlari sepanjang padang untuk menjaringkan gol pada minit kelima dalam masa kecederaan.

    Mueller, yang memenangi gelaran 12 kali bersama Bayern termasuk 11 kali berturut-turut, kelihatan marah ketika bercakap dengan wartawan selepas perlawanan.

    “Apa yang saya fikir kami kurang? Dalam latihan kami menunjukkan apa yang kami boleh lakukan dengan lebih baik kerana kami berani, kerana kami bermain bola sepak dengan bebas,” kata Mueller.

    “Apa yang kami kurang ialah keberanian dan sedikit kebebasan untuk bermain,” tambahnya. – AFP

    Reaksi Mueller semasa perlawanan antara Bayer 04 Leverkusen dan FC Bayern Munich di Leverkusen, barat Jerman pada 10 Februari 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...