Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mugabe masih dirawat di hospital Singapura

    HARARE, 6 OGOS – Bekas pemimpin Zimbabwe, Robert Mugabe masih dirawat di sebuah hospital di Singapura di mana beliau mendapatkan penjagaan perubatan selama empat bulan, kata penggantinya Presiden Emmerson Mnangagwa semalam.

    Dalam satu kenyataan, Mnangagwa berkata, Mugabe, 95, menerima rawatan untuk penyakit yang tidak didedahkan serta bertindak balas dengan baik terhadap rawatan.

    “Presiden pengasas dan bapa pengasas negara Robert Mugabe masih dirawat di hospital Singapura di mana beliau menerima rawatan perubatan.

    “Tidak seperti sebelumnya apabila bekas presiden hanya memerlukan tempoh sebulan untuk rawatan, kali ini pakar perubatan bertegas supaya beliau dipantau lebih lama sejak April lalu untuk menjalani pemeriksaan susulan rutin,” kata Mnangagwa.

    Mnangagwa mengumumkan November lalu yang Mugabe kini tidak boleh berjalan kerana uzur dan berkata, satu pasukan dihantar termasuk ketua setiausaha kabinet, Misheck Sibanda ke Singapura minggu lalu untuk memeriksa keadaan bekas pemimpin itu.

    Pasukan yang melawat Mugabe melaporkan, beliau ‘bertindak balas baik terhadap rawatan’ dan ‘kerana perkembangan baik, bekas pemimpin itu mungkin dibenarkan keluar tidak lama lagi’. – AFP

    Gambar fail bertarikh 17 September 2016 menunjukkan Robert Mugabe semasa menghadiri sidang di Venezuela. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda