Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Muhammad Safwan lebarkan sayap ke Malaysia

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 FEB – Awang Muhammad Safwan Hakimi bin Awang Abdullah Husaini, bakat muda PUBG MOBILE dari Brunei Darussalam membuat penampilan sulung semalam bermain sebagai pemain import bersama pasukan CRIT Esports Malaysia dalam Liga Profesional PUBG MOBILE (PMPL) Malaysia Musim Bunga 2023.

    Turut dikenali dengan nama Newbies, pemain muda berusia 17 tahun itu mencapai kejayaan dalam Kejohanan eSukan Dunia ke-14 pada 2022 di Bali, Indonesia di mana dia mengetuai pasukan negara ke tempat kedua dalam penampilan pertama negara di kejohanan dunia untuk PUBG MOBILE.

    Menyedari pertumbuhannya sejak dua tahun lepas bermain dalam Siri Pertembungan AMPRO, Pengarah Pasukan CRIT Esports, Hawaii Yee percaya dia harus diberi peluang untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi untuk memajukan dirinya lebih jauh.

    Ibu bapa dan nenek Muhd Safwan Hakimi telah memberikan restu dan sokongan penuh kepadanya untuk mengejar impian sebagai pemain profesional dan berharap dia dapat menggunakan peluang ini sepenuhnya dan tidak mensia-siakannya. Mereka sangat berbangga dengannya dan akan sentiasa menonton permainannya apabila ia distrim secara langsung dalam talian.

    Atas pencapaiannya, Muhd Safwan Hakimi menyatakan “Saya amat berbangga dan berterima kasih kerana menjadi atlet PUBG MOBILE Brunei pertama menyertai PMPL dan ingin mengucapkan terima kasih kepada CRIT Esports kerana memberi saya peluang untuk memenuhi impian saya untuk menjadi pemain profesional sepenuh masa.”

    Muhd Safwan Hakimi menandatangani kontrak dengan pasukan CRIT Esports Malaysia. – Gambar serahan CRIT Esports Malaysia
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...