Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Forum Santai kongsi kesedaran tentang kanser

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan Bank Baiduri

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 FEB – Sempena Hari Kanser Sedunia, Bank Baiduri, Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC), Pusat Kanser Brunei (TBCC) dan AIA Brunei hari ini telah menganjurkan acara gaya hidup untuk ahli Program Eksekutif Pintar Baiduri.

    Program tersebut berlangsung di Ruang Komuniti Baiduri, Ibu Pejabat Bank Baiduri, yang menyaksikan pembentangan daripada Dr Ravi Patnaik yang kini berkhidmat sebagai Pakar Perunding Perubatan Onkologi di TBCC dan Sabrina Yee dari AIA Brunei.

    Ini diikuti dengan forum santai yang menampilkan Nabeela Fadzil atau lebih dikenali dengan akaun Instagram @lipstickmyname, seorang pejuang tempatan bagi pengesanan awal kanser dan Pegawai Komunikasi Korporat dari Bank Baiduri, Redzwan Kamarudin yang telah bercakap secara terbuka mengenai isu kesihatan lelaki sebagai mangsa kanser sendiri, dengan dikendalikan oleh personaliti media berpengalaman dari Kristal FM, DJ Tina.

    Program yang telah dihadiri oleh lebih 100 orang ahli Eksekutif Pintar Baiduri itu telah menekankan kepentingan pengesanan awal dan pencegahan kanser.

    Diagnosis kanser berpotensi menjejaskan mata pencarian seseorang, jadi forum itu turut menyerlahkan langkah proaktif yang boleh diambil untuk perlindungan kewangan.

    Dr Ravi Patnaik semasa pembentangan pada acara forum santai pengesanan awal kanser dan isu kesihatan lelaki.
    Nabeela Fadzil semasa menyampaikan ucapannya pada forum tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...