Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Mula benci, akhirnya jatuh cinta’

    Penyanyi dangdut era 1990-an, Yana Yunus, 39, kembali bergelar isteri apabila memilih jejaka India, Mohammad Raj Kumar Abdul Qayyum, 43, sebagai suami, penghujung April lalu.

    Namun, kisah perhubungan mereka agak menarik apabila perasaan benci bertukar menjadi cinta sehingga akhirnya sepakat untuk hidup bersama. Penyanyi lagu Sudah Jangan Bertanya dan Jangan Cemburu itu berkata, dia dan suaminya empat tahun menjalinkan hubungan sebelum mendirikan rumah tangga.

    “Jujurnya, sebelum ini saya memang tidak sukakan Raj. Namun, siapa sangka daripada benci, akhirnya jatuh cinta.

    “Apabila mengenalinya, saya mula sukakan sikap Raj. Dia seorang lelaki baik dan jujur.

    “Raj juga pandai mengambil hati saya dan anak-anak. Suami juga berjanji tidak akan menghalang minat saya untuk terus aktif dalam bidang nyanyian.

    “Itu yang membuatkan saya mudah menerima cintanya. Kami juga secocok kerana Raj suka melihat saya menyanyi,” katanya kepada BH Online.

    Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada hujung April lalu, namun, kesibukan kerjaya menyebabkan terpaksa menangguhkan majlis resepsi yang diadakan sempena ulang tahun kelahiran suami di The Hall, KL Gateway Mall pada 24 September lalu. Pada majlis resepsi, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan Yana bersama rakan artis seperti Mac Rahayu, Elda Susanti dan Azura Aziz.

    Yana berkata, dia bersyukur majlis resepsi yang dirancang berjalan lancar. – Agensi

    Yana bersyukur suaminya, Mohammad Raj tidak menghalang minatnya kembali aktif dalam dunia nyanyian. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda