Wabak COVID-19 menjadikan Ramadan tahun ini suram tanpa tarawih, tanpa gerai Ramadan dan sedikit sebanyak mungkin menjejas pendapatan mereka yang setiap tahun bergantung kepada gerai-gerai ini untuk pendapatan tambahan, manakala pengusaha kek dan biskut dalam dilema.
Meskipun di negara ini tidak melaksanakan penutupan sepenuhnya dan orang ramai masih lagi boleh ke pasar raya dan kedai-kedai,namun keadaan tetap juga sedikit suram.
Mungkin kerajaan boleh memulakan jualan-jualan murah yang setiap tahun diadakan bermula Ramadan sehingga Aidilfitri untuk memeriahkan sedikit suasana dan membolehkan orang ramai berbelanja dalam negara. Ia juga boleh menaikkan sedikit sebanyak ekonomi negara di tengah-tengah krisis COVID-19.
Jualan-jualan murah ini boleh sahaja dibuat dengan melaksanakan saranan Kementerian Kesihatan yang sudah pun diikuti oleh sebahagian besar gedung membeli-belah di negara ini dan jika kawalan dilaksanakan, ia mungkin menceriakan sedikit keadaan.
Dalam pada itu, gedung-gedung membeli-belah boleh sahaja memikirkan cara kreatif menarik pelanggan melalui pembelian dalam talian jika ingin memastikan keuntungan lebih baik.
Kaki Shopping