Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Mulan landa selatan China

    GUANGZHOU, 10 OGOS – Taufan Mulan, taufan ketujuh tahun ini, melanda kawasan pantai di Daerah Xuwen di Bandar Zhanjiang, Wilayah Guangdong di selatan China, kira-kira pukul 10:50 pagi ini sebagai ribut tropika, menurut Perkhidmatan Meteorologi Guangdong, kata Xinhua.

    Taufan itu dijangka bergerak menuju ke barat laut pada kelajuan kira-kira 20km sejam, sebelum memasuki Teluk Beibu petang ini, dengan intensitinya yang semakin perlahan.

    Jabatan kaji cuaca meramalkan akan berlaku angin kuat dan hujan lebat di Guangdong antara pagi ini dan esok. Setakat pukul 8 pagi, semua penerbangan di Lapangan Terbang Zhanjiang Wuchuan telah dibatalkan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...