Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Kaji selidik Kesihatan Mulut Kebangsaan (NOHS) pada 2016 mendapatkan kelaziman karies gigi adalah tinggi di mana peratusan gigi rosak yang tidak dirawat adalah 71.5 peratus dalam kalangan kanak-kanak yang berusia 5 tahun hingga 6 tahun serta 64 peratus pada kalangan dewasa.
Kaedah yang paling berkesan untuk meningkatkan dan mengekalkan kesihatan mulut daripada segi mengurangkan karies gigi adalah dengan penggunaan fluorida, terutamanya fluoridasi air dan penggunaan ubat gigi fluorida.
Oleh itu, bersempena Sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2024, Jabatan Perkhidmatan Pergigian, Kementerian Kesihatan mengadakan aktiviti bersempena sambutan berkenaan yang berlangsung di Pusat Membeli-belah OneCity, Jalan Salambigar, hari ini.
Hadir semasa acara berkenaan dan menyempurnakan pemotongan kek sambutan serta menyaksikan aktiviti yang diadakan ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.
Semasa acara berkenaan, orang ramai berpeluang untuk menyertai pemeriksaan gigi dan aplikasi pencegahan varnis fluorida yang telah disediakan.
Mereka juga berpeluang untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pelbagai Pakar Pergigian termasuk mengenai bahayanya ‘pendakap palsu’ atau ‘fake braces’, dan ‘venir palsu’ atau ‘fake veneers’.
Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Isnin.