WASHINGTON, 1 OGOS – Juara tiga kali Grand Slam Andy Murray semakin hampir untuk kembali ke acara perseorangan enam bulan selepas pembedahan pinggul apabila menyertai abangnya, Jamie untuk kemenangan acara beregu di Terbuka ATP Washington, kelmarin.
Adik beradik Murray itu yang berpasangan buat kali pertama sejak 2016 di Olimpik Rio, mengetepikan pasangan Perancis, Nicolas Mahut dan Edouard Roger-Vasselin 6-4, 6-7 (7/9), 10-5 untuk mara ke kelompok lapan terakhir kejohanan pemanas badan Terbuka Amerika Syarikat itu.
“Ia suasana yang bagus,” kata Andy Murray. “Saya rasa ia seperti ada mata yang bagus dan reaksi pantas di sana.”
Andy Murray berlatih untuk acara perseorangan dan bermain dalam acara beregu ketika bekas pemain nombor satu dunia itu yang kini berkedudukan ke-222, dalam proses pemulihan kerana pembedahan pinggul pada Januari. – AFP
