MADRID, 28 OGOS – Andy Murray meneruskan kemenangannya jauh dari tumpuan Terbuka AS dengan mengalahkan Norbert Gombos dari Slovakia 6-3, 6-4 di kejohanan peringkat kedua, Challenger Event di Mallorca.
Daripada bermain di New York, di mana dia memenangi perseorangan lelaki 2012, Murray sedang menala semula rentak perseorangannya dengan bermain di Challenger Tour untuk kali pertama dalam tempoh 14 tahun dalam acara yang menaikkan nama Rafael Nadal.
Ketika menentang Gombos ranking ke-115, Murray di ranking ke-328, tewas pada permainan keempat tetapi kembali bangkit pada permaian keenam sebelum memenangi set pertama tanpa sebarang masalah. Set kedua menyusul corak yang sama. Murray mendahului 2-1. Gombos bangkit untuk mengikat kedudukan 4-4 tetapi Murray pantas bangkit. Kelebihan servis memberikannya kemenangan dalam 1 jam 43min. – AFP