Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Murree jadi tarikan pelancong semasa musim salju

    ISLAMABAD – Sambil memegang secawan kopi dan sepinggan penuh hidangan musim sejuk, Masood Khan, seorang pelajar universiti berusia 22 tahun, sedang menikmati pemandangan salju yang menakjubkan di stesen bukit paling terkenal di Pakistan, Murree, yang terletak kira-kira satu jam perjalanan dari ibu negara Islamabad.

    Sambil menikmati roti ayam dan sayur-sayuran, Khan memberitahu Xinhua bahawa datang ke tempat bersalju bersama orang yang tersayang merupakan perasaan yang paling indah yang boleh dinikmati oleh seseorang sambil menghargai keindahan musim sejuk.

    “Sejak awal musim sejuk di wilayah pergunungan di Pakistan, saya dan keluarga membuat perancangan untuk mengunjungi Murree untuk menikmati musim sejuk,” katanya, dan menambah bahawa suhu cuaca jatuh di bawah paras beku, kawasan itu dilitupi dengan salju putih setebal 15 sentimeter, menghangatkan hati penggemar salju dan musim sejuk.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Pakistan, satu lagi kejadian hujan salji yang lebat dengan kemungkinan tanah runtuh diramal berlaku di beberapa buah kawasan di wilayah utara barat laut Khyber Pakhtunkhwa (KP) dan kawasan utara termasuk Murree sehingga Jumaat, dengan pelancong dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati.

    Bercakap kepada Xinhua, Pengarah Urusan Perbadanan Pembangunan Pelancongan (PDTC), Aftab ur Rehman Rana berkata pelancongan musim sejuk mengalami peningkatan di negara Asia Selatan, pengunjung yang berjalan menuju stesen bukit harus mengikut langkah-langkah keselamatan dengan betul untuk mengelak kejadian yang tidak diingini.

    Pengarah Urusan Perbadanan Pembangunan Pelancongan (PDTC), Aftab ur Rehman Rana semasa bekerja di pejabatnya di Islamabad.- Xinhua
    Gambar yang diambil pada 4 Jun 2022 menunjukkan sebuah pelabuhan perikanan di Gwadar, wilayah barat daya Balochistan, Pakistan.- Xinhua
    Pengunjung yang menikmati pemandangan di sebuah tasik di Islamabad.- Xinhua

    Dalam kejadian salji baru-baru ini, stesen bukit negara itu telah mula sibuk dengan pelancong yang menikmati pemandangan indah bukit yang dilitupi salji dan melakukan aktiviti rekreasi musim sejuk.

    Dengan memegang payung di tangannya untuk melindungi diri daripada salji yang jatuh, Bushra Rehman membuat perjalanan jauh dari wilayah timur Punjab ke lembah Swat yang indah di wilayah KP untuk menikmati keadaan pergunungan yang dilitupi salji.

    “Saya menikmati masa terbaik dalam hidup saya. Ini kali kedua saya datang ke lembah ini.

    Saya pernah mengunjunginya beberapa tahun lalu dan sentiasa ingin kembali ke sini. Hari ini, hajat saya menjadi kenyataan,” kata Rehman, seorang pekerja bank dan ibu kepada dua orang anak, kepada Xinhua.

    “Ia sangat menyeronokkan. Saya bermain permainan salji seperti perang bola salji, ski dan kami menaiki kereta gantung untuk melihat pemandangan indah lembah.”

    Dia berkata sebelum ini keluarganya merancang untuk menghabiskan dua malam di lembah itu, tetapi mereka melanjutkan penginapan selama sehari untuk meluangkan masa di lembah ini, selain itu, tidak ada yang mampu mengalahkan menghabiskan percutian di kawasan yang mengagumkan di Pakistan.

    Kerana ramai orang membanjiri kawasan tersebut, hotel-hotel dan restoran turut menyaksikan peningkatan pengunjung baru-baru ini, dengan pemilik membuat pendapatan dan keuntungan yang besar.

    Muhashid Ahmed, seorang pemilik hotel dan restoran di stesen bukit Nathia Gali, berkata kesemua hotel utama di kawasan itu telah ditempah dan orang ramai menunggu selama berhari-hari sebelum mereka dapat membuat tempahan.

    “Kami telah penuh ditempah sekurang-kurangnya bagi tempoh dua hari akan datang… tidak ada bilik yang kosong di hotel ini. Kami tidak sabar untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan memberikan pengalaman percutian sekali seumur hidup,” kata Ahmed kepada Xinhua. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...