Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Musim durian kembali lagi

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JAN – Musim durian kembali lagi, yang pastinya menjanjikan pulangan lumayan buat peniaga di Pasar Pelbagai Barangan Gadong yang menjual durian pelbagai jenis yang didatangkan dari negara jiran iaitu Lawas dan yang berdekatan dengannya.

    Tinjauan Media Permata di pasar berkenaan di sini, mendapati kira-kira lebih 10 buah petak jualan menjual pelbagai jenis durian, sejak seminggu lalu.

    “Musim durian memberikan kami peluang tingkatkan pendapatan dan tempoh musim kali ini mungkin sehingga bulan Ramadan iaitu hanya sekitar dua bulan sahaja, untuk meraih pendapatan lumayan,” kata Awang Ariffin, salah seorang pemilik petak jualan khas buah-buahan di pasar berkenaan.

    Seorang lagi pengusaha, Dayang Mimi berkata, bila datangnya musim durian, orang akan ingat durian di kawasan ini kerana banyak pilihan dan buah yang dijual masih baharu dan yang penting harganya pada musim ini murah, serendah $10 satu ikat bagi durian kampung.

    Beliau berkata, antara durian yang mendapat permintaan menggalakkan ialah durian tempatan yang dikenali sebagai durian kuning, oren dan banyak lagi. Manakala durian kampung turut mendapat sambutan yang sangat baik.

    “Peniaga di sini majoritinya daripada penduduk tempatan dan juga tidak berkira dengan harga mengikut budi bicara dalam urusan jual beli,” ujar Awang Ariffin yang berpengalaman hampir 20 tahun menjual raja buah itu di sini.

    Selain durian, buah-buah bermusim juga kembali seperti kembayau, langsat dan sebagainya.

    Orang ramai melihat buah durian yang dijual di Pasar Pelbagai Barangan Gadong. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...