Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Progresif lancar eSIM

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JAN – Progresif Sdn Bhd telah mengumumkan pelancaran teknologi eSIM, secara progresif meningkatkan pengalaman telekomunikasi keseluruhan bagi pelanggan mereka.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Progresif, pengenalan eSIM berkenaan adalah bukti usaha berterusan syarikat telekomunikasi berkenaan untuk inovasi dan tumpuannya dalam menyediakan penyelesaian yang lancar dan diperibadikan kepada pelanggannya yang dihargai.

    Teknologi atau perkhidmatan eSIM direka khusus bagi peranti yang dilengkapi dengan keupayaan eSIM.

    Ia membolehkan pelanggan bertukar antara pelan mudah alih dengan mudah, memperkasakan mereka dengan fleksibiliti dan kawalan yang tiada tandingan ke atas pengalaman telekomunikasi mereka.

    Progresif eSIM kini tersedia bagi pelanggan baharu dan sedia ada merentas pengguna pelan prabayar dan pascabayar.

    Gambar Freepik

    Pelanggan sedia ada akan menikmati tempoh enam bulan percuma untuk menukar kepada eSIM tanpa sebarang kos.

    Selepas tempoh promosi, bayaran akan dikenakan bagi pelanggan sedia ada yang memilih untuk beralih daripada SIM fizikal kepada eSIM.

    Sementara itu, pelanggan baharu akan mempunyai pilihan untuk memilih antara eSIM dan kad SIM fizikal tanpa kos tambahan.

    Dengan proses pengaktifan eSIM yang diperkemas, penukaran akan memastikan penetapan yang mudah dan pantas menerusi peranti serasi eSIM pelanggan.

    Kenyataan menyatakan, keputusan Progresif Sdn Bhd bagi memperkenalkan teknologi eSIM berakar umbi dalam komitmennya yang tidak berbelah bahagi terhadap kepuasan pelanggan.

    Dengan menerima kemajuan terkini dalam telekomunikasi, Progresif menyasarkan untuk mempertingkatkan keseluruhan pengalaman pengguna dan menangani keperluan yang semakin berkembang bagi pangkalan pelanggannya yang pelbagai.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...