Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Musk rasmi Starlink di Indonesia

    DENPASAR, 19 MEI – Billionaire teknologi, Elon Musk melancarkan perkhidmatan Starlink beliau hari ini di pulau peranginan Bali di Indonesia ketika negara itu berusaha meluaskan akses internet ke kawasan terpencil.

    Berjuta-juta orang di Indonesia, yang merupakan sebuah kepulauan yang luas dengan lebih daripada 17,000 pulau, masih belum mempunyai sambungan perkhidmatan internet yang boleh dipercayai.

    Musk, dalam lawatan pertamanya ke negara Asia Tenggara itu, telah merasmikan perkhidmatan unit satelit di sebuah klinik di ibu kota Bali, Denpasar pada petang hari ini.

    Beliau juga telah menandatangani perjanjian dalam sektor kesihatan bersama Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin.

    Musk dan para pegawai turut menyaksikan demonstrasi oleh kakitangan dari klinik-klinik komuniti Indonesia di wilayah Bali dan Maluku mengenai pecutan kelajuan internet selepas menggunakan Starlink.

    Perkhidmatan internet tersebut telah diuji dalam projek rintis di tiga kemudahan kesihatan di rantau itu untuk memasukkan pelbagai set data ke dalam sistem kebangsaan, seperti data imunisasi, nutrisi kanak-kanak dan diabetes.

    “Kami sangat teruja untuk membawa sambungan ke tempat yang sama ada tidak mempunyai sambungan atau, seperti yang awda lihat dalam demonstrasi, sambungan lebar jalur yang sangat rendah,” kata Musk dalam satu sidang akhbar.

    “Jadi, ini boleh menjadi penyelamat yang sangat penting untuk klinik-klinik perubatan terpencil. Dan saya rasa ia boleh menjadi transformasi untuk pendidikan,” tambah Musk, yang memakai baju hijau yang diperbuat daripada kain tenunan tradisional Bali yang dipanggil ‘endek’. – AFP

    Musk bercakap semasa merasmikan unit satelit Starlink di pusat kesihatan masyarakat di Denpasar di pulau peranginan Bali, Indonesia kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...